Wednesday, July 14, 2010

bina keyakinan diri anak

Anak yang pemalu dan tidak berani untuk bercakap adalah antara sikap negatif rendah diri pada seorang kanak-kanak. Usah bimbang! Masih belum terlambat untuk membina yakin diri pada anak.
Yakin diri sememangnya penting dalam hidup seseorang terutamanya di kalangan kanak-kanak. Yakin diri (Self Esteem) boleh didefinisikan sebagai bagaimana orang tersebut melihat dirinya sendiri.
Wujudnya yakin diri di kalangan kanak-kanak dapat dilihat melalui pembentukan dalam dirinya yang positif semenjak kecil lagi akan melahirkan anak-anak yang lebih berani dan mampu menghadapi cabaran pada masa akan datang melalui sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut.
Anak-anak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi sejak kecil lagi adalah baik dari segi perkembangan mental mereka. Anak-anak akan menjadi lebih gembira dan berkeyakinan terhadap keupayaan mereka.
Apabila kanak-kanak itu mempunyai keyakinan dalam diri yang tinggi, dia mula membentuk kepercayaan tentang diri sendiri walaupun masih awal usianya. Juga dia melihat kepada perbuatan atau tingkah laku ibu bapa atau orang-orang yang berada di sekelilingnya sebagai bukti bahawa dirinya disayangi.
Di samping itu, ia berkaitan dengan kejayaan dan kegagalan pelajaran kanak-kanak. Jika dia mempunyai keyakinan diri yang tinggi, biasanya dia mempunyai kebolehan menunjukkan pencapaian yang baik berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri yang rendah.
Keyakinan diri si kecil turut mempengaruhi daya kreativiti kanakkanak.
Kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri yang rendah akan kurang melibatkan diri dengan aktiviti yang berisiko berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri tinggi.
Begitu juga dengan gaya asuhan yang diterima dari ibu bapanya yang tidak memberi peluang kepadanya untuk berdikari apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Ibu bapa harus yakin anaknya boleh melakukannya!
Peranan ibu bapa dan penjaga adalah sangat penting dalam perkembangan diri seseorang kanak-kanak dan memberi kesan-kesan yang penting yang penting baik positif mahupun negatif dalam hidup mereka. Sekiranya anak-anak berasa perhatian diberikan adalah tinggi, anak-anak akan berasa selamat dan seterusnya menggalakkan peningkatan
yakin diri mereka.
Membentuk keyakinan diri si kecil perlu dilakukan seawal usianya. Sehubungan itu ibu bapa disarankan memberi sesuatu tugas secara perlahan-perlahan mengikut kesukarannya.
Contohnya jika anak berjaya mengira nombor dari 1 hingga 10, seterusnya berikan abjad untuk dia menyebutnya. Namun, jangan terlalu mendesaknya.Cara ini mampu meningkatkan keyakinan dalam dirinya.

Kemudian berikan tanggungjawab kepadanya secara perlahan-perlahan. Biarkan dia menguruskan rumah dengan membantu anak di dapur atau ruang tamu. Galakkan dia menyusun buku secara teratur dan mengemas permainannya. Cara ini membantunya untuk berasa dirinya berkebolehan dalam membantu keluarganya.

0 comments:

Post a Comment