Tuesday, February 23, 2010

sofeya 1st year

.....Alhamdulillah kegembiraan dtg sejak 3/11/2007 ankku fadhlina sofeya lahir dihospital selayang,berat badannye 3.19kg.(ok laa tu ank petama)kali pertama umi tgk dea hmmmmm,masyaAllah comelnye ankku,mcm xpercaya betul ke aku da jdi ibu niii..sejak ade ank da xsmpat laa nk jaga diri,mlm xboleh tdo sbb dea xtdo,pagi dea tdo tpi kite pula xleh tdo,waktu pantang ni mnyeksakan betul,sofeya tahux umi skrg da jdi mcm robot xtdo siang dan mlm,baru tahu mcm ni nenek jaga umi kecil2 dulu,best juga sejak ade si comel kt umah nk mkn nk mandi mcm terkejar-kejar,umi doa sofeya besar nnti dgr ckp dn hormat umi ye(penat tpi best jaga dea).....sofeya da umur 1 tahun,tpi kelehatannye nmpk mcm budak 3tahun sbb dea tinggi(maybe ikut umi dn papa kot) sofeya syg,sofeya tahux dlm dunia ini ade byk lagi mknan yg sedap selain drpd susu yg sofeya minum..knp sofeya xnk rase
da 1tahun,mkn xbpe byk,jln xbpe laju,ckp xbpe byk tpi sofeya buat hati umi rase bdeba mngkin sbb umi xpernah ade ank xpernah ade pnggalaman jaga bdk kecil mcm sofeya ni..sejak ade kaki jln xbehenti2,umi kene kejar ambk dea tpi ok juga sbb dea da byk ringankan umi pnye kerje,skrg da senang nk mandi dea sbb dea da boleh berdiri,da pandai buka mulut minta nk gosok gigi sndiri,nk tdo pn senang sikit xpayah nk ulek lama mcm dulu,gud girl...semoga sofeya mmbesar dgn sihat ye..jmpe lagi tahun ke2





 


resepi kek black forest



Black Forest Cherry Cake dlm bahasa jerman panggil Schwarzwälder Torte resepi ni kalu ikut owng putih pnye die campur arak sikit tpi jgn risau i buat kek ni halal 100% hahaha..

++Black Forest Cake++
Chocolate Chiffon Cake:
- tepung kek 1 cawan
- gula halus(1) 1 cawan
- koko (unsweetened) 3/4 cawan
- beaking powder 2 tsp.
- beaking soda 1 tsp.
- garam 1/4 tsp.
- kuning telur 4 biji
- putih telur 6 biji
- gula halus(2) 1/2 cawan
- cream of tartar 1/2 tsp. (kalu xade,xpayah la nk susah2 g beli pula)
- minyak masak 1/2 cawan
- esen vanila 1 tsp.
- air kosong 1/2 cawan
1. panas oven 180 'c,sedia acuan dials kertas kalis minyak
2. ayak tepung,gula,koko,beaking powder,beaking soda,garam
3. campur minyak masak,esen vanila,air kosong dan kacau
4. pukul kuning  telur smpai naik campur dgn bahan minyak masak tdi dan kacau
5. masuk tepung dan pukul pelahan
6. pukul putih telur shngga jdi putih masuk cream of tartar,gula dan pukul lagi
7. masuk telur putih 1/3 dlm telur kuning kacau sebati dan masuk telur putih sampai habisdan kacau lagi
8. tuang masuk dlm acuan dan bakar 350'f slama 30-40-mnt.


gula utk sapu kek

- gula............1/4cawan
- air..............1/3 cawan
1. kacau gula dan air shngga jdi pekat 
    bia sejuk

Kirsch Whipped cream:

- hipping cream..............3cawan
- gula.............................60 g.
- esen vanila.....................2 tsp.
- gelatin..................1 tbs. kacau dgn air panas 2tbs.
1. gelatin cmpur dgn air panas
2. pukul whipp cream,gula,esen vanila shngga naik jdi warne putih dan campur gelatin


Anas mus'ab bin Zaidi

 
 sofeya dan anas makin lama makin mmbesar..tpi nmpknye adk anas da nk lebih besar drpd kakaknye hahaha..

 
ini die.. Anas Mus'ab dh 9 bln
slalu kene kakak(sofeya)cubit hmm..
dea suke mkn umi pnye rantai dn suke geget umi heee..
kalu tgk muke dea kalian akn nmpk muke dea mcm ngntuk jer
umi syg dea sbb dea comel..masyaallah
sbb dea pandai senyum
sbb dea gemuk
dan mcm 2 lagi
sbb dea lah..ank umi
 
umi nk g mane ni..anas ngntuk
 
jom anas kite naik kete jln2


  

 

 

 
anas dh pandai drive
 



senyum...nk iklan kete papa ni




ni die fadhlina sofeya da nk masuk 3 tahun 
nk tdo pn nk make up
 
ok ok jom kite tdo

Tuesday, February 16, 2010

hikmah poligami

Setelah dikaji secara mendalam, Islam telah mengharuskan berpoligami ialah kerana beberapa faktor dan dengan tujuan untuk memelihara kesucian dan kebaikan umat manusia. Di antara hikmah berpoligami ialah seperti berikut:
  1. Bagi menjamin kemuliaan agama Islam dan memelihara kehormatan umatnya dari pelbagai godaan dan pujuk rayu.
  2. Bagi menghindarkan atau mengurangkan pezinaan dan pelacuran.
  3. Bagi mengembangkan keturunan dengan cara yang dihalalkan oleh Islam.
  4. Bagi mengurangkan anak-anak yang lahir di luar nikah atau untuk mencegah pengguguran anak.
  5. Bagi mengelakkan daripada si suami berbuat maksiat sebab si isteri tidak akan menyempurnakan kehendak nafsu suaminya pada setiap masa kerana beberapa halangan seperti ketika haid yang panjang, ketika melahirkan anak dan seumpamanya sedangkan si suami mempunyai dorongan nafsu yang kadangkala tidak dapat ditentukan atau nafsu yang tidak terbatas.
  6. Oleh kerana bilangan kaum perempuan biasanya lebih ramai daripada kaum lelaki terutama pada masa peperangan dan kadangkala akibat dari peperangan di mana kaum perempuan ramai yang menjadi janda.
  7. Hampir semua perempuan menghendaki pimpinan dan sokongan daripada kaum lelaki kerana telah merupakan fitrahnya yang semulajadi (fitrah yang dijadikan oleh Allah).
  8. Biasanya setiap pasangan suami dan isteri menginginkan keturunan tetapi kadang-kadang ada isteri yang mandul (tidak dapat melahirkan anak) maka dalam hal ini kalau tidak diizinkan berpoligami maka hilanglah tujuan asal dari perkahwinan itu.
  9. Nafsu berahi kaum lelaki untuk melakukan hubungan seks biasanya tidak terbatas menurut batasan umur, walaupun umurnya sudah sampai 70 atau 80 tahun sedangkan perempuan biasanya nafsu seksnya sudah tidak begitu berghairah lagi apabila darah haidnya sudah berhenti (menopause) dalam umur kira-kira 50 tahun ke atas. Sekiranya si isteri tidak merelakan suaminya untuk berkahwin lagi besar kemungkinan si suami akan terjerumus ke lembah maksiat dan dosa. Oleh sebab itu bagi perempuan yang sudah tidak mampu lagi untuk melayani nafsu suaminya maka pengertiannya sangat diharapkan dalam hal ini.

Tak boleh menghina saudara seIslam…

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا تَحَاسَدُوا، وَلَا تَنَاجَشُوا، وَلَا تَبَاغَضُوا، وَلَا تَدَابَرُوا، وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إخْوَانًا، الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ، لَا يَظْلِمُهُ، وَلَا ي…َخْذُلُهُ، وَلَا يَكْذِبُهُ، وَلَا يَحْقِرُهُ، التَّقْوَى هَاهُنَا، وَيُشِيرُ إلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ، كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ: دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ . Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi
antara satu dengan lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah
kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang
muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan
menghinanya. Ketaqwaan itu di sini – sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -
Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap
orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

(hadis riwayat Muslim)
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian
hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.


(2) lslam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau
memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru
hara dan perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai
sifat-sifat buruk seumpama ini.


(3) lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat
keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu
dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi
memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan
memotong urusniaga orang lain.


(4) Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan
hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak
menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau
menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.


(5) Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada di dada seseorang, ia bukannya suatu perkara yang
boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa bahkan ia adalah perkara tersembunyi di dada,
namun ia dapat dikesan berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan
melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia

poligami

POLIGAMI
Orang-orang Kristen dan Orientalis menjadikan tema poligami ini seakan merupakan syi’ar dari syi’ar-syi’ar Islam, atau salah satu perkara yang wajib, atau minimal sunnah untuk dilaksanakan. Yang demikian ini tidak benar alias penyesatan, karena dalam praktek pada umumnya seorang Muslim itu menikah dengan satu isteri yang menjadi penentram dan penghibur hatinya, pendidik dalam rumah tangganya dan tempat untuk menumpahkan isi hatinya. Dengan demikian terciptalah suasana tenang, mawaddah dan rahmah, yang merupakan sendi-sendi kehidupan suami isteri menurut pandangan Al Qur’an.

Oleh karena itu ulama mengatakan, “Dimakruhkan bagi orang yang mempunyai satu isteri yang mampu memelihara dan mencukupi kebutuhannya, lalu dia menikah lagi. Karena hal itu membuka peluang bagi dirinya untuk melakukan sesuatu yang haram. Allah berfirman:
“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung..” (An-Nisa’: 129)

Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mempunnyai dua isteri, kemudian lebih mencintai kepada salah satu di antara keduanya maka ia datang pada hari kiamat sedangkan tubuhnya miring sebelah. ” (HR. Al Khamsah)

Adapun orang yang lemah (tidak mampu) untuk mencari nafkah kepada isterinya yang kedua atau khawatir dirinya tidak bisa berlaku adil di antara kedua isterinya, maka haram baginya untuk menikah lagi, Allah SWT berfirman,
“Jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja…” (An-Nisa’: 3)

Apabila yang utama di dalam masalah pernikahan adalah cukup dengan satu isteri karena menjaga ketergelinciran, dan karena takut dari kepayahan di dunia dan siksaan di akhirat, maka sesungguhnya di sana ada pertimbangan-pertimbangan yang manusiawi, baik secara individu ataupun dalam skala masyarakat sebagaimana yang kami jelaskan. Islam memperbolehkan bagi seorang Muslim untuk menikah lebih dari satu (berpoligami), karena Islam adalah agama yang sesuai dengan fithrah yang bersih, dan memberikan penyelesaian yang realistis dan baik tanpa harus lari dari permasalahan.

Poligami pada Ummat Masa Lalu dan Pada Zaman Islam
Sebagian orang berbicara tentang poligami, seakan-akan Islam merupakan yang pertama kali mensyari’atkan itu. Ini adalah suatu kebodohan dari mereka atau pura-pura tidak tahu tentang sejarah. Sesungguhnya banyak dari ummat dan agama-agama sebelum Islam yang memperbolehkan menikah dengan lebih dari satu wanita, bahkan mencapai berpulah-puluh orang atau lebih, tak ada persyaratan dan tanpa ikatan apa pun.

Di dalam Injil Perjanjian Lama diceritakan bahwa Nabi Dawud mempunyai isteri tiga ratus orang, dan Nabi Sulaiman mempunyai tujuh ratus orang isteri.

Ketika Islam datang, maka dia meletakkan beberapa persyaratan untuk bolehnya berpoligami, antara lain dari segi jumlah adalah maksimal empat. Sehingga ketika Ghailan bin Salamah masuk Islam sedang ia memiliki sepuluh isteri, maka Nabi SAW bersabda kepadanya, “Pilihlah dari sepuluh itu empat dan ceraikanlah sisanya.” Demikian juga berlaku pada orang yang masuk Islam yang isterinya delapan atau lima, maka Nabi SAW juga memerintahkan kepadanya untuk menahan empat saja.

Adapun pernikahan Rasulullah SAW dengan sembilan wanita ini merupakan kekhususan yang Allah berikan kepadanya, karena kebutuhan dakwah ketika hidupnya dan kebutuhan ummat terhadap mereka setelah beliau wafat, dan sebagian besar dari usia hidupnya bersama satu isteri.

Adil Merupakan Syarat Poligami
Adapun syarat yang diletakkan oleh Islam untuk bolehnya berpoligami adalah kepercayaan seorang Muslim pada dirinya untuk bisa berlaku adil di antara para isterinya, dalam masalah makan, minum, berpakaian, tempat tinggal, menginap dan nafkah. Maka barangsiapa yang tidak yakin terhadap dirinya atau kemampuannya untuk memenuhi hak-hak tersebut dengan adil, maka diharamkan baginya untuk menikah lebih dari satu. Allah berfirman:
“Jika kamu takut berlaku tidak adil maka cukuplah satu isteri” (An-Nisa’:3)

Kecenderungan yang diperingatkan di dalam hadits ini adalah penyimpangan terhadap hak-hak isteri, bukan adil dalam arti kecenderungan hati, karena hal itu termasuk keadilan yang tidak mungkin dimiliki manusia dan dimaafkan oleh Allah.

Allah SWT berfirman:
“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isten(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.” (An-Nisa’: 129)

Oleh karena itu, Rasulullah SAW menggilir isterinya dengan adil, beliau selalu berdoa, “Ya Allah inilah penggiliranku (pembagianku) sesuai dengan kemampuanku, maka janganlah Engkau mencelaku terhadap apa-apa yang Engkau miliki dan yang tidak saya miliki.” Maksud dari doa ini adalah kemampuan untuk bersikap adil di dalam kecenderungan hati kepada salah seorang isteri Nabi.
Rasulullah SAW apabila hendak bepergian membuat undian untuk isterinya, mana yang bagiannya keluar itulah yang pergi bersama beliau. Beliau melakukan itu untuk menghindari keresahan hati isteri-isterinya dan untuk memperoleh kepuasan mereka.

Hikmah Diperbolehkannya Poligami
Sesungguhnya Islam adalah risalah terakhir yang datang dengan syari’at yang bersifat umum dan abadi. Yang berlaku sepanjang masa, untuk seluruh manusia.

Sesungguhnya Islam tidak membuat aturan untuk orang yang tinggal di kota sementara melupakan orang yang tinggal di desa, tidak pula untuk masyarakat yang tinggal di iklim yang dingin, sementara melupakan masyarakat yang tinggal di iklim yang panas. Islam tidak pula membuat aturan untuk masa tertentu, sementara mengabaikan masa-masa dan generasi yang lainnya. Sesungguhnya ia memperhatikan kepentingan individu dan masyarakat.

Ada manusia yang kuat keinginannya untuk mempunyai keturunan, akan tetapi ia dikaruniai rezki isteri yang tidak beranak (mandul) karena sakit atau sebab lainnya. Apakah tidak lebih mulia bagi seorang isteri dan lebih utama bagi suami untuk menikah lagi dengan orang yang disenangi untuk memperoleh keinginan tersebut dengan tetap memelihara isteri yang pertama dan memenuhi hak-haknya.

Ada juga di antara kaum lelaki yang kuat keinginannya dan kuat syahwatnya, akan tetapi ia dikaruniai isteri yang dingin keinginannya terhadap laki-laki karena sakit atau masa haidnya terlalu lama dan sebab-sebab lainnya. Sementara lelaki itu tidak tahan dalam waktu lama tanpa wanita. Apakah tidak sebaiknya diperbolehkan untuk menikah dengan wanita yang halal daripada harus berkencan dengan sahabatnya atau daripada harus mencerai yang pertama.

Selain itu jumlah wanita terbukti lebih banyak daripada jumlah pria, terutama setelah terjadi peperangan yang memakan banyak korban dari kaum laki-laki dan para pemuda. Maka di sinilah letak kemaslahatan sosial dan kemaslahatan bagi kaum wanita itu sendiri. Yaitu untuk menjadi bersaudara dalam naungan sebuah rumah tangga, daripada usianya habis tanpa merasakan hidup berumah tangga, merasakan ketentraman, cinta kasih dan pemeliharaan, serta nikmatnya menjadi seorang ibu. Karena panggilan fithrah di tengah-tengah kehidupan berumah tangga selalu mengajak ke arah itu.

Sesungguhnya ini adalah salah satu dari tiga pilihan yang terpampang di hadapan para wanita yang jumlahnya lebih besar daripada jumlah kaum laki-laki. Tiga pilihan itu adalah:
1. Menghabiskan usianya dalam kepahitan karena tidak pernah merasakan kehidupan berkeluarga dan menjadi ibu.
2. Menjadi bebas (melacur, untuk menjadi umpan dan permainan kaum laki-laki yang rusak). Muncullah pergaulan bebas yang mengakibatkan banyaknya anak-anak haram, anak-anak temuan yang kehilangan hak-hak secara materi dan moral, sehingga menjadi beban sosial bagi masyarakat.
3. Dinikahi secara baik-baik oleh lelaki yang mampu untuk memberikan nafkah dan mampu memelihara dirinya, sebagai istri kedua, ketiga atau keempat.

Tidak diragukan bahwa cara yang ketiga inilah yang adil dan paling baik serta merupakan obat yang mujarab. Inilah hukum Islam. Allah berfirman:
“Dan hukum siapakah yang lehih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.” (Al Maidah: 50)

Nyum...nyum...belajar mengunyah!

Memberi anak makan makanan jejari sangat baik kerana cara ini dapat memahirkan koordinasi tangannya. Jadi, ayuhlah bersama NAROSWATI NAIB belajar tentang makanan jejari dan menyediakannya sendiri untuk anak agar dia cepat pandai memegang.
Ketika berusia 8 bulan, bayi sudah boleh makan makanan jejari. Walau bagaimanapun, setiap bayi berbeza. Ada yang sudah inginkan mencuba makanan jejari seawal 6 bulan dan ada yang lambat. Jadi, sekiranya anak anda telah berusia 8 bulan, tapi masih enggan makan makanan jejari, janganlah risau. Biarkan dia sendiri yang tentukan bila dia inginkannya. Ketahuilah bahawa anda masih boleh berikan anak makanan jejari meskipun dia belum tumbuh gigi kerana gusi bayi sangat kuat. Tapi, pastikan makanan jejari yang diberi itu tidak keras.
Menyediakan sendiri makanan jejari untuk anak tidaklah sukar malah menyeronokkan. Pilihlah makanan yang anda rasakan sesuai untuk anak. Ketika memilih bahan mentah yang ingin dijadikan makanan jejari untuk anak, pastikan bahan tersebut lembut dan mudah dikunyah. Selain itu, pastikan saiznya tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Sesuai untuk dipegang oleh anak anda. Untuk menarik minat anak, perkenalkan makanan jejari yang berwarna-warni dan mempunyai tekstur yang berbeza setiap kali memberinya makanan tersebut.
Ada banyak makanan yang boleh anda jadikan makanan jejari. Antaranya ialah:

  • Sayur-sayuran seperti lobak merah, ubi kentang dan labu.

  • Buah-buahan seperti pisang, epal, betik dan tembikai.

  • Biskut

  • Roti

  • Pasta

  • Keju

  • Sandwic bersaiz kecil

  • Ikan

  • Ayam
Semasa memilih bahan mentah yang boleh dijadikan makanan jejari, pastikan anak anda tidak alah terhadap bahan tersebut. Peraturan mudah yang perlu anda ikuti setiap kali memberi anak makan makanan baru ialah teruslah memberi makanan yang sama selama empat hari berturut-turut. Setelah tubuh anak anda tidak memberikan tindak balas negatif maknanya dia boleh makan makanan tersebut. Begitulah seterusnya setiap kali anda memperkenalkan makanan baru kepada anak. Tetapi ingat, jangan sesekali perkenalkan dua makanan baru serentak kepada anak.

umi sofeya dan anas

Suatu hari umi membawa anak-anaknya Sofeya dan anas bersiar-siar di taman bunga. Setelah penat berjalan, mereka berehat seketika di sebuah bangku yang telah disediakan. Sambil berehat, mereka menikmati bekal yang dibawa dari rumah. Tiba-tiba Sofeya bersuara. 
sofeya.........“Umi kenapa kucing itu bergaduh?
” umi tersenyum lantas menjawab, 
umi..............“Mereka bukan bergaduh. Mereka sedang bergurau senda.”
sofeya.........“Umi, mereka saling sayang menyayangi tak?” tanya Sofeya lagi. umi.............“Mestilah. Haiwan pun tahu menyayangi adiknya. Kita mesti saling     sayang menyayangi tidak kira sesiapa pun.
Lebih-lebih lagi keluarga dan saudara mara kita.” balas umi. 
Sofeya menganggukkan kepala tanda faham apa yang diperkatakan oleh uminya. Menjelang petang, mereka bersiap-siap untuk pulang. Di waktu malam, Sofeya mencium kedua-dua pipi adiknya yang sedang tidur sambil berkata, sofeya........“Anas, kakak terlalu sayangkan adik. Kakak akan sentiasa menyayangi adik sampai bila-bila.”
Umi yang sedang melihat gelagat anaknya tersenyum dan terus memeluk Sofeya sambil berkata, 
umi............“Umi pun sayangkan Sofeya dan Anas .

13 cara jdi pasangan romantik..wow!!!

13 cara jadi pasangan romantik
Hendak jadi pasangan romantik sebenarnya tidaklah sesukar mana. Tapi, semua itu perlukan kesungguhan. Amalkanlah 13 cara ini jika ingin hidup bahagia.
1.Ucapkan “I Love U”, sekurang-kurangnya sekali sehari. Ketahuilah bahawa pasangan anda memang perlu mendengarnya selalu.
2.Ciuman dan pelukan setiap kali ingin berpisah dan bertemu kembali. Hadiahkanlah si dia pelukan dan ciuman buat si dia ketika mahu ke tempat kerja dan setelah pulang ke rumah.
3.Layanilah pasangan anda seperti anda melayannya ketika sedang asyik bercinta dahulu. Perbetulkan kedudukan tali lehernya sebelum dia ke pejabat dan berpegangan tangan sentiasa walau ke mana pun anda berdua pergi.
4.Janganlah terlalu cerewet. Biarkan sahaja tabiat buruknya selagi tabiat tersebut tidak mengganggu hubungan anda berdua. Dari semasa ke semasa berusahalah untuk menghilangkan tabiat yang tidak anda gemari itu. Cubalah sedikit demi sedikit agar si dia tidak terasa. Berkat kesungguhan, kejayaan pasti menjadi milik anda.
5.Sentiasa berfikiran positif. Daripada terlalu memikirkan perkara-perkara remeh tentang si dia yang kurang anda gemari lebih baik anda tumpukan kepada kelebihan serta kebaikan si dia. Dengan cara ini, anda akan lebih menyayanginya adan begitu juga sebaliknya.
6.Jika sedang marah, jangan sesekali cuba bercakap dengannya. Tinggalkan sebentar si dia sambil anda tenangkan fikiran. Berbincang ketika marah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian, setiap kali anda rasa marah dengannya, ambil masa beberapa minit untuk keluar daripada perbincangan tersebut dan kembali setelah perasaan anda kembali tenang.
7.Jangan sesekali menggunakan kelemahannya sebagai senjata untuk menentang mereka. Hal ini akan membuatkan si dia tambah benci pada anda dan secara automatik kasih sayang antara anda berdua akan berkurangan dan lama-kelamaan akan hilang tanpa anda sedari.
8.Utamakan yang tersayang dalam apa-apa hal sekalipun. Misalnya jika anda perlukan teman untuk ke satu-satu tempat, ajaklah si dia dahulu sebelum anda mengajak rakan sepejabat.
9.Hormatilah pasangan anda. Jangan sesekali bongkar kelemahan si dia kepada rakan-rakan walau pun kepada rakan karib anda. Setiap kali berbual-bual dengan rakan-rakan tentang pasangan, sentiasalah katakan si dia adalah pilihan terbaik anda dan anda berdua saling sayang-menyayangi.
10.Sentiasa cara masa untuk bersama. Pastikan anda ada masa untuk bersamanya setiap  hari. Lebih banyak masa dapat anda luangkan bersamanya, lebih erat hubungan anda berdua.
11.“Maafkan saya.” Jika bersalah, janganlah teragak-agak untuk meminta maaf. Namun, setiap kali anda meminta maaf setelah melakukan kesilapan, sematkan dalam diri itulah kali terakhir anda melakukannya. Mintalah maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanjilah pada si dia yang anda tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Ketika meminta maaf jangan sesekali gunakan perkataan ‘tapi’ misalnya, “Saya minta maaf tapi ...” Hal ini kerana perkataan ‘tapi’ hanya akan membuat si dia berfikir dua kali untuk memaafkan anda.
12.Pujilah si dia selalu. Manusia tidak kira tua ataupun muda memang suka dipuji. Kata-kata pujian pada pasangan akan membakar semangatnya untuk sentiasa bersama anda.
13.Jika anda sering mengucapkan terima kasih pada juruwang, pemandu teksi, pelayan restoran apa kata kalau anda teruskan amalan berterima kasih ini pada pasangan. Tentu si dia akan rasa anda lebih menghormatinya

extended breastfeeding

Extended Breastfeeding banyak kelebihannya
Selepas 2 tahun, A berhasrat untuk terus menyusukan si manja (extended breastfeeding). Tekadnya itu, bertambah kukuh apabila yang tersayang tidak mahu bercerai susu. INTAN JASTINA JAMALUDDIN mendapatkan pandangan daripada pakar laktasi, Rita Rahayu Omar berkenaan isu ini.
Umum sedia maklumdengan polisi kebangsaan mengenai penyusuan susu ibu yang menggalakkan semua ibu menyusukan bayi secara eksklusif di 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga usianya 2 tahun. Pemberian makanan pelengkap pula hanya boleh dimulakan apabila bayi mencecah enam bulan.
Polisi tersebut merupakan susulan polisi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan
Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF). Namun, kedua-dua
badan ini di dalam kenyataan masing-masing menyarankan penyusuan susu ibu diteruskan
lebih daripada 2 tahun di samping pemberian makanan pelengkap.
Oleh yang demikian, hasrat untuk meneruskan penyusuan selepas usia 2 tahun sangat
digalakkan sehinggalah kata sepakat antara anda dan anak dicapai tentang bila masa paling
sesuai untuk menghentikan penyusuan. Faktanya, ramai wanita yang menyusukan anak
secara eksklusif menikmati faedah amalan ini sehingga mereka memutuskan untuk
meneruskan penyusuan susu ibu lebih lama daripada yang dirancang.
Oleh kerana itulah, penyusuan yang diteruskan sehingga umur 3 atau 4 tahun merupakan perkara normal di kalangan sesetengah masyarakat dunia terutamanya di negara-negara Asia. Lazimnya, kanak-kanak ini akan bercerai susu secara semula jadi tanpa perlu dipaksa.
Hakikatnya, amalan extended breastfeeding merupakan fitrah manusia. Paling utama amalan ini sangat baik untuk anda dan anak juga.
Kelebihan: ibu
Jika bercadang mahu mengamalkan extended breastfeeding, ketahuilah banyak manfaat daripada hormon penyusuan yang bakal anda peroleh. Hormon prolaktin dipercayai banyak membantu anda menenangkan perasaan sementara oksitosin merangsang perasaan sayang yang sedia ada. Terbukti, hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental anda!
Malah, dengan menyusukan si manja, ia membantu anda memperuntukkan masa yang suntuk itu untuk mengukuhkan lagi jalinan ikatan kasih sayang. Amalan ini turut melambatkan kesuburan anda dengan berterusan menahan ovulasi daripada berlaku. Antara lain, ia memberi perlindungan tambahan terhadap beberapa penyakit atau masalah tertentu seperti:
1. Kanser payu dara (Helewa, Levesque & Prvencher, 2002)
2. Kanser ovari (Schneider AP, NE J Med, 1987)
3. Kanser rahim (Brock KE, Med J Australia, 1989)
4. Endometrium (Petterson B et al, Acta Obstet Gynecol Scand, 1986)
5. Osteoporosis (Blaauw R et al, SAMJ 1994)
6. Mengurangkan insulin bagi yang menghidap diabetes. (Davies HA, British Med J, 1989)
Kelebihan: anak
Extended breastfeeding tidak sekadar memberi zat pemakanan paling optimum dan
perlindungan imunologi kepada si manja. Lebih daripada itu, anak yang meneruskan
penyusuan memperoleh ketenangan setiap kali sesi menyusu. Disebabkan itu, anda
boleh menjadikan penyusuan susu ibu sebagai “ubat penenang” sewaktu dia dirundung sedih atau marah. Ketika dia bertarung melawan penyakit pula, tubuhnya dapat dihidrasi dengan baik menerusi susu ibu itu sendiri.
Sementara itu, mungkin ada yang khuatir anak tidak boleh berdikari jika asyik “berkepit”. Anggaplah penyusuan susu ibu sebagai asas kukuh untuk kasih sayang ibu dan anak
sepanjang hayat. Anak yang mendapat cukup kasih sayang dan perhatian akan lebih
berkeyakinan. Aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk keperibadian yang cemerlang.
Kadangkala dalam kesibukan kerja harian, kita sebagai ibu bapa moden terlalu ghairah untuk memastikan anak cepat berdikari. Hakikatnya, si kecil sentiasa memerlukan perhatian, kasih sayang dan panduan ibu bapa. Bukankah itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa? Malah jelas terbukti melalui pelbagai kajian psikologi yang mendedahkan keperibadian dan perwatakan seseorang dewasa berkait rapat dengan pengalaman zaman kanak-kanak mereka.
Khasiat tetap sama
Bayi hanya memerlukan susu ibu dari hari pertama kelahiran sehingga usianya mencapai 6 bulan. Selepas tempoh itu, kajian menunjukkan terdapat 1 atau 2 komponen di dalam susu ibu tidak mencukupi untuk bayi yang semakin membesar. Perbezaan paling ketara adalah daripada segi komposisi air dan kandungan lemak. Namun, harus diingatkan! walaupun susu ibu kekurangan komponen tersebut, ia tetap jauh lebih baik berbanding susu formula. Dengan itu, susu ibu tetap bersesuaian dengan jumlah kalori yang diperlukan mengikut waktu dan umur bayi pada ketika itu.
Malah, dalam kajian terkini, Fat and Energy Contents of Expressed Human Breast Milk in Prolonged Lactation, PEDIATRICS vol. 116 no. 3 September 2005 menyatakan: Susu ibu yang diperah oleh ibu yang menyusukan bayi lebih daripada 1 tahun menunjukkan
peningkatan kandungan lemak dan tenaga berbanding susu ibu yang diperah oleh ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif dalam tempoh yang singkat.
Sementara itu, WHO dan UNICEF menyarankan berikut sebagai pilihan penyusuan untuk bayi:
1. Susu ibu yang diperoleh terus daripada payu dara ibu.
2. Perahan susu ibu daripada ibu kepada bayi.
3. Susu ibu susuan.
4. Pengganti susu ibu yang sesuai.
Lihatlah! Kedua-dua badan ini meletakkan susu ibu sebagai pilihan terbaikbagi penyusuan bayi. Oleh kerana itulah,kandungan nutrisi susu ibu tidak patut dipertikaikan lagi!
Sememangnya akan terdapat sedikit perbezaan dalam komposisi susu ibu jika anda tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sekali pun. Namun, secara umumnya kandungan di dalam susu ibu itu masih yang terbaik untuk anak anda. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu! Ertinya, kandungan khasiatnya tetap kekal sama walaupun anda menyusu melebihi 2 tahun sekalipun.

Sunday, February 14, 2010

VANILLA CUPCAKES


VANILLA CUPCAKES

Bahan-bahan:
 
-250gm................... mentega 

-180gm.................. gula caster
 
-4 biji...................... telur
 
-185gm ...................tepung naik sendiri
 
-60gm .....................tepung gandum
-185gm ...................susu segar

Cara mmbuat

-1. Ayak kedua-dua tepung. Ketepikan.
-2. Pukul butter dan gula sampai gebu.
 
-3. Masukkan telur satu persatu.
 
-4. Campurkan tepung dan susu secara berselang-seli.
 
-5. Tuang adunan ke dalam acuan cupcakes dan bakar 

pada suhu 180'c

blueberry sponge kek

kek yg sgt2 lembut ini pernah di buat 3 kali dlm 1 minggu 

sbb bdk2 di rumah suka..rasanye sedap mcm kek secrit resepi !!!!

ohh,lupe nk bgtau kalau nk smpan kek ini elok smpan dlm 

peti ais tau! sb cream kek dri whippcream,die xsuke panas


ok..slmt mncuba








bahan2 vanila sponge kek


-telur.................................150 g.(3 biji)


-gula halus........................120 g.(1/2cawan+5tbs.)


-ovalett................................8 g.(2tsp.)


-tepung kek......................100 g.(1cawan)


-beaking powder..................2 g.(1/2tsp.)


-garam..............................1.2 g.(1/4tsp.)


-susu cair...........................50 g.(3tbs.+1tsp.)


-butter..............................30 g.(2tbs.)


-esen vanila.........................1 tsp.


cara mmbuat


-acuan di alas dgn kertas kalis minyak


-ayak tepung,beaking powder,garam


-cairkan butter dan susu


-panas oven 180 'c


-pukul telur,gula,ovalett dgn hihgspeed shingga jdi warne putih


-masuk tepung yg di ayak dan pukul low speed slama 1 mnt.


-masuk susu+butter dan pukul low speed dlm 2mnt.


-masuk vanila dan kacau sbati,bakar180 'c masa 25-30mnt.


sweetened whipped cream


-whippcream...................................480 g.(2cawan)

-gula halus.....................................37.5 g.(3tbs.)


-esen vanila.....................................3.5 g.(1tsp.)


-blue berry filling............................595 g.

Saturday, February 13, 2010

oreo chees kek


bru blik dri surau terus buka laptop,sbb 

resepi ni ramai yg tanye2..mcm mane nk buat

hmm..sbnarnye resepi ni lah paling senang haha..


bahan2 lapisan bawah

-oreo(buang cream dan tumbuk2 smpai halus)....2 cawan


-butter tawar/masin.......................2 tbs.


bahan toping


-whipping cream..............................1/2 cawan

-gula icing........................................1/2 cawan


bahan chees kek

-cream cheess..............250 g.


-gula halus....................5 tbs.

-whipping cream............1/2 cawan


-susu fresh.....................3 tbs.

-gelatin.......................... 4 g.


-oreo(di patah kecil2)....1 cawan


-esen vanila...................1/2 tsp.


cara mmbuat

-mula gn lapisan bawah buang cream oreo dan tumbuk sampai halus


-masuk butter yg di cairkan dan kacau dgn oreo

-masuk di dlm acuan dan tekan2,masuk dlm freezer


-pukul whipping cream sehingga naik jdi wanna putih 


dan simpan di dlm peti sejuk


-gelatin kacau dgn susu sampai cair


-pukul cream cheess,gula 

-masuk gelatin dan esen vanila


-keluarkan whipcream dan kacau dgn bahan cheess tdi


-masuk oreo yg di patah dan kacau


-masuk dlm acuan dan simpan dlm peti


*topping..pukul whipcream dgn gula sampai naik jdi 


  warna putih dan masuk dlm acuan

Tuesday, February 9, 2010

adk n umi

adk:......umi umi
umi:......ape?


adk:......poligami tu ape ye??


umi:......poligami ada lah menikah lebih dri seorg mcm
             papa kahwin dgn mama dan umi nii laa


adk:.....umi umi


umi:.....ape lagi


adk:.....tpi knp kawan sy punye ayah xade pn yg berpoligami??


umi:.....maybe die xmmpu kot


adk:.....ape yg xmmpunye..kete ade umah ade ape lg?


umi:.....bkn tu je.die kene berlakukan adil dgn istri2 die dan 
            zaman skrg brape ramai istri yg fhm consep poligami


adk:.....ade laa umi


umi:.....sape


adk:.....mama lah..sape lagi


umi:......!!!!!!!!

honeysweet???????

Assalammualaikum..


siap jgk blog i hari ini

ade yg tanye2


knp honey sweet...

xtau jgk knp..sebernarnye sbb 


xtau nk ltk nama ape

nk nama yg senang org boleh ingt 

dlm blog ni ade byk resepi


(yg blm di update..huhuhu)

resepi2 dlm ni semuanya 


manis manis jeee..

oop..lagi 1 sbb

sbb i dh kahwin dan sudah pun 


jdi istri,ibu dan madu kpd 

istri pertama i punye husband..


...hehe fhm x

kehidupan i ni sgt2 manis ade suami 


yg baik madu  pn baik

dan anak2222 pn baik..

selalu dgr org kate madu ni pahit tpi 


i rase ok jeee

......................nk cube ?????

ISTRI-ISTRI NABI S.A.W

nabi s.a.w menikah dgn 11 org istri,dan menurut riwayat yg lain

12 org mereka secara urut adalah sebagai berikut:

1....Khadijah binti Khuwailid.

2....Saudah binti Zam'ah.

3....Aisyah binti Abi Bakar.

4....Hafshah binti Umar bin Al-Khaththab

5....Ummu Salamah binti Abi Umaiyah

6....Ummu Habibah Rmlah binti Abi Sufyan

7....Zainab binti Jahsy Al-Asadiyah

8....Zainab binti Khuzaimah bin al-Harits

9....Juwairiyah binti al-Harits

10....Shafiyah binti Huyay bin Akhthab

11....Raihanah binti Zaid bin Amr an-Nadhariyah

12....Maimunah binti al-harits

brmmmmm!!!!!!!,


anak sulungku Fadhlina Sofeya binti Zaidi
dea ank umi yg sgt pandai(ckp byk)
da nk 3 tahun bpe bln lg.
dri bngn pagi smpai lewat mlm xpernah behenti ckp kecuali dea tdo
da nk 3tahun xsampai 10 jenis mknan yg dea pernah rasa..
dea cume suke icap susu ajer

hukum hukum syariat berkaitan dgn poligami

1.adalah lebih utama bagi laki-laki yg berpoligami 

utk menyiapkan satu tempat tinggal utk 

istri-istrinya.itu akn lebih mmelihara dan 

menutupi mereka sehingga mereke tidak 

berkeliaran di luar rumah mereka

2.apabila seorg yg berpoligami hendak 

berangkat utk musafir,maka salah seorg 

di antara istri-istrinya tidak boleh ikut 

bersamanya kecuali setelah diundi,

dan jika telah kembali,baru dia mulai mmbagi

hari dan mlm di antara mereka

di dlm hadis....

"apabila nabi s.a.w hendak bepergian,beliau

melakukan undian di antara istri-istrinya,dan 

siapa pun yg panahnya keluar(sebagai tanda

pemenang)

maka beliau keluar berikut bersamanya"

(HR.Abu Daud)

3.seorg istri boleh mmberikan haknya kepada 

suaminya (utk mmberi bagian kpd yg lain) 

atau kpd sebagian di antara mereka


atau utk mereke semua,tpi itu tidak boleh 

dgn izin suami


4.mmberikan giliran juga harus dilakukan 

sekalipun kpd istri yg sedang sakit,

sedang haid,nifas,kerana giliran itu 

di maksudkan utk mmberi ketenangan dan 

kelembutan.


5.diharamkan berpoligami dua wanita 

yg semahram kerana nasab,kerana susuan,

dan nabi s.a.w telah melarang mmpoligami 

wanita bersama saudarinya





adakah keadilan dlm poligami

ramai org yg anggap poligami 


adalah suatu dosa,kenape???


kerana byk org yg celaka dlm 


mmpraktekkan poligami,dimana 


dia hanya mmambil hukum 
allah akan bolehnyapoligami,dan 


mninggalkan hukum allah tentang 


kewajiban beraku adil,


sedangkan sistem ilahiyah harus 


diambil secara menyeluruh


kenapa sorg istri xsuka dipoligami?


kerana dia menyaksikan bahawa 


sang suami jika melakukan poligami,


maka suaminya akn meninggalkannya 


dgn segala kebaikan,perhatian,


dan kelembutannya utk istri barunya 


maka menjdi suatu yg logis jika


seorg wanita yg mmbenci di poligami 


dgn wanita lain

butter sponge kek...sgt sgt lembut


bahan2

-tepung kek ............................95 g.

-gula halus ...........................120 g.

-telur....... ...............................3 biji

-butter ..................................45 g.

-ovalett ...................................8 g.

-beaking powder .....................1 tsp.

-garam ................................1/2 tsp.


cara mmbuat

-ayak tepung,beaking powder,garam

-panaskan oven 180 'c

-acuan di alas dgn kertas kalis minyak(jgn sapu dgn butter tau!!!!!!!)

-cairkan butter

-pukul telur,gula,ovalett dgn high speed 3mnt.

-masuk tepung yg di ayak dan pukul pelahan 2 mnt.

-masuk vanila dan butter 

-kacau sebati dan bakar 180'c slama 20mnt.

whipping cream

-whipp cream...............200 g.

-gula halus...................1 tbs.

-esen vanila